Monday, 9 April 2012

Selamat Datang Ke Kem Herba

 

"Kesegaran, Kehijauan, Kedamaian, Ketenangan"

Bunyi-bunyi kicauan burung, deruan sungai yang mengalir tenang, tumbuh-tumbuhan hutan yang tumbuh melata dan udara yang sangat menyegarkan menjadikan Kem Herba lokasi yang sangat menarik serta menjadi pilihan pelbagai pihak termasuklah daripada sekolah, universiti, badan-badan kerajaan serta bukan kerajaan untuk melakukan aktiviti luar.
Kem Herba terletak di kawasan perkelahan yang sangat terkenal di Hulu Langat iaitu di Sg Congkak. Sungai ini tidak perlu diperkenalkan lagi kepada umum. Warga Lembah Kelang sering mengunjungi sungai ini untuk mengisi waktu di hujung minggu bersama keluarga untuk berkelah. Kejernihan sungai ini tiada tolok bandingnya.
Kem ini dibangunkan atas usaha gigih seorang bekas pensyarah di UPM iaitu Dr Mohd Noor bersama-sama isterinya iaitu Pn Zalinah sejak tahun 2000 lagi. Herba menjadi tema untuk kem ini kerana di kawasan kem yang seluas hampir 4 ekar ini sebahagian besarnya ditanam dengan tumbuhan herba. Tongkat ali, kacip fatimah, mahkota dewa, misai kucing, serai wangi, kayu manis adalah antara herba yang ditanam di kawasan kem ini. Selain daripada tumbuhan herba, pelbagai pokok buah-buahan seperti durian, manggis, dukong, salak, rambai, cempedak ditanam di sini menjadikan kawasan kem sangat cantik dan menarik. Selain itu, pokok-pokok jenis hutan tebal seperti pohon jati dan meranti masih terdapat di kawasan kem ini.

Antara kemudahan yang disediakan di Kem Herba adalah:

# Penginapan secara dorm untuk kapasiti 300
orang.
# chalet-chalet untuk para guru dan fasilitator
# Dewan-dewan ceramah dan surau
# Padang luas untuk aktiviti sukaneka
# Kawasan perkelahan di tepi sungai
# Kolam memancing
# Hutan simpan pensendirian.
# Taman sayur-sayuran dapur.


Perkhidmatan yang ditawarkan

# Catering.
# Ceramah - ceramah ethnobotany dan pokok-pokok yang unik dari segi botani.
# Nature study.
 
Pakej harga yang ditawarkan di Kem Herba:

1) Pakej berkumpulan untuk tiga hari dua malam = RM 55/pax

2)Pakej berkumpulan untuk 2 hari satu malam = RM 45/pax

Kesemua pakej-pakej ini adalah termasuk penginapan dan makan minum 5 kali sehari. Segala kemudahan yang terdapat di dalam Kem Herba juga termasuk dalam pakej ini.

Untuk tempahan boleh menghubungi talian berikut:
 
1) 012-3057161 - Dr. Mohd Noor
2) 012-9025852 - Pn. zalinah